SK NAM HENG
JBA3013 SK NAM HENG, KB 502, LADANG NAM HENG, 81909 KOTA TINGGI. Tel : 078651005
Rabu, 4 Februari 2015
Jumaat, 23 Januari 2015
Mukadimah
MUQADDIMMAH.
Bismillahhirrahmannirahim.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi
penyayang dan mengasihani, segala puji
kami panjatkan ke hadrat Allah
Subhanahuwata’ala dan salam keatas junjungan Rasullullah SAW yang mulia,
serta para sahabat dan pengikutnya.
Terlebih dahulu lafaz syukur ke hadrat Ilahi
dengan izin dan limpah kurnianya SK NAM HENG telah
dapat dihasilkan. Semoga semua kandungan dalam buku ini dihayati dan dapat
dilaksanakan dengan berkesan dan berjaya mencapai matlamatnya. Insyallah.
Pengurusan Fizikal sekolah, Pengurusan
Pentadbiran, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Akademik, Hal Ehwal Murid dan
Kokurikulum adalah satu perkara wajib yang terkandung dalam PPPM oleh
Kementerian Pelajaran dan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tanggungjawab kepada semua golongan
pendidikan untuk merealisasikan murid menjadi modal insan cemerlang sebagai aset
Negara di masa akan datang.
Semua warga pendidik SK Nam Heng, mesti mempunyai
semangat dan iltizam yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan . Kita mesti berfikir secara rasional, positif dan keterbukaan
serta bertekad melahirkan insan terbilang sepanjang hayat untuk kebahagian dunia
dan akhirat.
Oleh itu seluruh warga Sekolah Kebangsaan Nam
Heng, Guru-Guru, kakitangan, para pekerja dan murid-murid, mesti mempunyai dan
mempersiapkan diri dari segi jasmani, rohani,
intelek, mental dan sosial ke arah merealisasi Malaysia sebuah negara
bertaraf negara maju pada tahun 2020.
Terima kasih.
Khamis, 15 Januari 2015
Profil Sekolah
LOKASI SEKOLAH
Sekolah ini jauhnya kira-kira
18 km dari pekan Ulu Tiram dan
24 km dari
Bandar Kota Tinggi.
Dari Kota Tinggi jalan pintas ke sekolah terpaksa melalui ladang kelapa sawit dan jalan tanah merah dalam kawasan Ladang
REM.
Sekolah ini terletak di tengah-tengah Ladang
Nam Heng dan dikelilingi oleh beberapa buah kampung seperti Kampung
Air Putih,
Kampung
Tengah, Kampung Paya,
Kampung
Sungai Serai,
Kampung
Sungai Redan dan
lain-lain lagi.
Murid-muridnya terdiri daripada kaum melayu dan sebahagian kecil keturunan
India Muslim. Pekerjaan ibu bapa mereka ialah nelayan, pekerja ladang, pekerja kilang dan lain-lain lagi.
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Nam Heng dibina dalam tahun
1955. Sekolah ini terletak dalam daerah Kota
Tinggi tetapi dalam mukim
Sungai Tiram,
Johor Bahru. Peringkat awal separuh daripada kos pembinaannya dibiayai oleh kerajaan, sementara sebahagian lagi diperolehi dari hasil kutipan
derma penduduk tempatan. Bangunan pertama yang
didirikan berhampiran dengan pejabat ladang yang
mana ianya berupa bangunan papan yang
mengandungi 3 bilik darjah sahaja. Ia disiapkan hasil gotong-royong penduduk setempat
Berikutnya pada
3 September 1970, Sekolah kebangsaan Nam Heng berpindah ke bangunan setingkat yang ada sekarang iaitu di tanah MLO 219 Lot 1518 Mukim Sungai Tiram yang luasnya 3 ekar 1 rod 38 pol. Sebelas tahun kemudian iaitu pada 3 September 1981, sebuah lagi bangunan dua tingkat didirikan di kawasan yang sama. Di bangunan baru 2 tingkat ini terdapat perpustakaan, bilik komputer, 2 buah kelas, bilik SPBT dan sebuah kantin. Pada tahun 2011 bangunan baru 4 tingkat pula didirikan menggantikan bangunan setingkat yang lama. Bangunan baru ini pula terdapat sebuah bilik guru, 4 buah kelas, pra sekolah, bilik JQaf, bilik muzik, bilik rawatan dan lain-lain lagi. . Selain daripada itu, sekolah ini juga ada dua buah rumah guru yang sudah usang dan perlu diganti baru.
SEJARAH TOKOH NAMA SEKOLAH
Menurut kenyataan beberapa penduduk tempatan, sebelum perang dunia ke dua, Ladang Nam Heng adalah merupakan kawasan perkampungan kaum cina. Nam Heng adalah nama seorang cina yang pertama membuka kawasan lombong yang terdapat di sini. Gelaran tersebut kekal hingga ke hari ini walaupun selepas Jepun dan British menjajah.
PERKEMBANGAN RINGKAS SEKOLAH
Alhamdulillah
sekarang sekolah ini telah mempunyai pelbagai kemudahan seperti elektrik,
air, internet, TV, Astro, komputer dsb. Seramai 87 orang murid termasuk pra sekolah dibimbing oleh 14 orang guru
termasuk seorang guru
besar, seorang pembantu tadbir, seorang pembantu pengurusan murid, seorang pembantu awam, empat orang pekerja swasta kebersihan dan dua orang pengawal keselamatan swasta.
Langgan:
Catatan (Atom)